Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) (Fizik Industri), Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM). 

Bahagian Fizik Pusat Pengajian Pendidkan Jarak Jauh (PPPJJ) USM menjemput YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Fizik Industri) RPJJ USM.

Soal selidik ini diedarkan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat bagi kajian kebolehpasaran Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) (Fizik Industri) RPJJ di Pusat Pengajian Pendidkan Jarak Jauh (PPPJJ) USM.

Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan kajian kebolehpasaran ini, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Dr. Nurul Sabihah Zakaria melalui emel: nurulsabihah@usm.my

Kesudian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menjawab soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
LATAR BELAKANG


Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) mula ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh sejak 1973. Program adalah ditawarkan secara separuh masa. Kurikulum program ini menekankan aspek pembelajaran kendiri melalui bahan pembelajaran kendiri, sesi sidang video, amali, tutorial, dan tugasan selain projek berkumpulan dan projek tahun akhir. Struktur program bertujuan untuk memberikan pelajar pengetahuan asas yang diperlukan dalam kursus teras dan ditambah dengan pelbagai kursus elektif dan minor. Kursus Universiti ditambah untuk menyediakan aspek holistik kepada kurikulum, dan dapat mengimbangi kandungan keseluruhan program.

Pemantapan proses pengajaran-pembelajaran (P&P) secara jarak jauh telah dilakukan dengan memperkenalkan pelbagai sistem yang bersesuaian dengan Pengajian Jarak Jauh. Antara sistem yang diperkenalkan ialah sistem pengurusan RPJJ secara berpusat dan bersendiri melalui penubuhan Pusat Pengajian Luar Kampus yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), pewujudan kumpulan pensyarah teras penuh masa khusus untuk PPPJJ, penggunaan modul  kendiri sebagai bahan asas P&P, pelaksanaan mod pengajian secara jarak jauh sepenuhnya tanpa keperluan menjalani tahun akhir di dalam kampus, pengenalan telesidang audio, telesidang audiografik, telesidang video, video streaming, portal e-Pembelajaran dan yang terkini ialah web-conference.

Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) melibatkan pengambilan kursus-kursus di bawah kategori Kursus-Kursus Universiti, Teras Program, Teras bidang dan Elektif yang membawa kepada jumlah 120 unit jam kredit untuk dipenuhi. Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan secara pembelajaran teradun (proses secara bersemuka dan secara atas talian).


Tempoh Pengajian


Tempoh dan jangkamasa pengajian bagi program ini ialah minimum empat (4) tahun dan maksimum dua belas (12) tahun.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Kaedah P&P termasuk kuliah, tutorial, tugasan, pembentangan dan projek yang menerapkan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 yang transformatif, berpusatkan pelajar, usaha sama, berasaskan masalah, bersepadu dengan masyarakat/industri serta penggunaan teknologi terkini bagi mewujudkan pembelajaran imersif berdasarkan pengalaman.

Objektif

Program akademik dirancang untuk:

i.     Melahirkan ahli fizik yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam aspek teori dan praktikal serta berdaya saing yang diperlukan oleh industri berkaitan fizik dan institusi pengajian tinggi bagi memenuhi permintaan dan keperluan pasaran dalam negara mahupun di peringkat global

ii.   Menghasilkan modal insan yang mempunyai pemikiran kritis dan logik dalam membuat keputusan serta mampu memperoleh, mengembang dan mentadbir sumber pengetahuan secara digital dan numerasi

iii. Melahirkan graduan yang beretika, professionalisma dan berkeusahawanan yang mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi dalam menghargai pelbagai budaya dan berupaya menyumbang dan memimpin dengan berkesan.

Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Fizik Industri) PPPJJ USM berbeza dengan universiti yang lain kerana:

i. Kaedah pengendalian secara separuh masa

ii. Menawarkan elektif dalam bidang sains (matematik/biologi/kimia) dan luar bidang sains seperti bidang pengurusan kepada pelajar.

iii. Menawarkan struktur elektif yang fleksibel dan selaras dengan minat dan keperluan kerjaya pelajar.

LATAR BELAKANG
Untitled Title
BAHAGIAN A: KATEGORI RESPONDEN
Apakah keterangan terbaik berhubung diri anda?

Majikan: Jika ini pilihan anda, soalan seterusnya adalah perspektif anda terhadap kebolehpasaran graduan program akademik ini di organisasi anda.

Sektor awam: Jika ini pilihan anda, soalan seterusnya adalah perspektif anda sebagai orang awam yang bekerja di sektor awam.

Sektor swasta: Jika ini pilihan anda, soalan seterusnya adalah perspektif anda sebagai orang awam yang bekerja di sektor swasta.

Pelajar: Jika ini pilihan anda, soalan seterusnya adalah perspektif anda sebagai pelajar aktif di mana-mana institusi pengajian dalam dan luar negara.

Bakal pelajar: Jika ini pilihan anda, soalan seterusnya adalah perspektif anda sebagai bakal pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. 

Ibu Bapa: Jika ini pilihan anda, soalan seterusnya adalah perspektif anda sebagai ibu bapa yang berminat untuk anak anda melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. 
*
BAHAGIAN B: POTENSI PROGRAM
Kursus teras yang ditawarkan memenuhi keperluan asas teori program ini. *
Captionless Image
Sangat tidak setuju
Sangat setuju
Kursus elektif yang ditawarkan menyumbang kepada kekuatan program ini.  *
Captionless Image
Sangat tidak setuju
Sangat setuju
Program ini dapat menyediakan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh majikan. *
Sangat tidak setuju
Sangat setuju
Graduan yang dihasilkan melalui program ini dapat menyumbang kepada kelestarian ilmu fizik dalam pelbagai perkhidmatan yang diperlukan. *
Sangat tidak setuju
Sangat setuju
Graduan yang dihasilkan dari program ini diperlukan oleh negara bagi menyebarluaskan ilmu dan kepakaran menuju ke arah negara maju. *
Sangat tidak setuju
Sangat setuju
Program yang ditawarkan releven dan sesuai dengan keadaan semasa. *
Sangat tidak setuju
Sangat setuju

Graduan program ini sesuai untuk melanjutkan pengajian ke yang lebih tinggi (Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah).

*
Sangat tidak setuju
Sangat setuju

BAHAGIAN C: KAEDAH PENYAMPAIAN PROGRAM

Kaedah pembelajaran teradun dalam program ini menarik minat anda.

*
Sangat tidak setuju
Sangat setuju

Tempoh dan jangkamasa pengajian bagi program ini iaitu minimum empat (4) tahun dan maksimum dua belas (12) tahun adalah sesuai.

*
Sangat tidak setuju
Sangat setuju
BAHAGIAN D: PELUANG KERJAYA

Program ini mampu melahirkan graduan yang menepati pasaran kerja.

*
Sangat tidak setuju
Sangat setuju

Graduan program ini memenuhi kriteria kelayakan jawatan di organisasi anda.

*
Sangat tidak setuju
Sangat setuju

Graduan yang dihasilkan daripada program membantu mengisi keperluan tenaga kerja negara.

*
Sangat tidak setuju
Sangat setuju

Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan program ini?

*

Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini?

BAHAGIAN D: PEMBIAYAAN 

Untuk pembiayaan pengajian anda (sekiranya ditawarkan)

*
Apakah faktor utama mempengaruhi anda dalam membuat keputusan memilih tempat pengajian?
*

Adakah organisasi anda mempunyai penajaan pelajar dalam bidang ini?

*
Sekiranya anda menjawab Ya, sila nyatakan organisasi anda.
Adakah anda akan menggalakkan kakitangan/rakan/keluarga anda untuk mengikuti program ini?
*

Sekiranya anda adalah seorang pelajar yang sedang mencari peluang melanjutkan pengajian, adakah anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini?

Clear selection
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy