PENDAFTARAN SOLAT FARDHU DAN SOLAT JUMAAT DI MASJID DAING ABDUL RAHMAN, NUSA IDAMAN
PENDAFTARAN BAGI MEMBOLEHKAN KARIAH YANG MENGHADIRI SOLAT FARDHU DAN SOLAT JUMAAT MENGIKUT MENGIKUT S.O.P YANG DIKEHENDAKI SEMASA PKPP DIJALANKAN BERIKUTAN COVID-19
JEMA'AH YANG TERPILIH WAJIB MEMATUHI GARIS PANDUAN ATAU S.O.P SOLAT FARDHU DAN SOLAT JUMAAT SEMASA DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) SEPERTI BERIKUT:
1. Sebelum ke masjid, jema'ah terpilih hendaklah BERWUDU' terlebih dahulu di rumah masing-masing.
2. Jema'ah wajib memakai pelindung mulut dan hidung (MASK).
3. Kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang telah ditetapkan dengan tertib.
4. Jema'ah juga perlu membawa SEJADAH sendiri dan diletakkan ditempat yang telah ditandakan bersesuaian dengan syarat jarak sosial.
5. Jema'ah perlu KEKAL di tempat masing-masing sehingga selesai solat dilaksanakan.
6. Kanak-kanak berumur 15 tahun kebawah TIDAK DIBENARKAN hadir.
7. WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
8. Sihat tubuh badan dan pengambilan suhu badan akan dilakukan. Pencuci tangan (Hand Sanitizer) juga akan disediakan.
9. Para jema'ah boleh hadir 15 minit sebelum azan berkumandang. Pintu pagar akan ditutup dan dikunci sebaik sahaja azan berkumandang atau bilangan jema'ah telah mencukupi 40 orang (tidak termasuk Pegawai Masjid).
10. Sebaik selesai solat, para jema'ah DILARANG BERKUMPUL dan hendaklah KELUAR dari dewan solat dengan tertib serta tidak bererbut-rebut.
11. TIADA AMALAN BERSALAMAN sebelum atau selepas solat.
12. PENGGILIRAN jema'ah akan dibuat oleh Pihak Pengurusan MDARNI
13. Bagi maklumat penggiliran Solat Jumaat, jema'ah boleh menghubungi Imam melalui Whatsapp dan Jemaah yang terpilih akan dihubungi melalui Whatsapp.