Pertandingan Landskap KARYA LAMAN HIJAU Sempena Bulan Kemerdekaan Majlis Daerah Yong Peng 2022
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!

OBJEKTIF PERTANDINGAN:
Memupuk kesedaran semua lapisan masyarakat dalam usaha untuk  mencantikkan persekitaran kediaman serta menjaga kebersihan  kawasan kejiranan mereka dengan tema BULAN KEMERDEKAAN

SYARAT PENYERTAAAN :
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua individu penduduk dan masyarakat di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng

2. Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Sep 2022 Jam 3.00 ptg  (Penyertaan selepas tarikh berkenaan tidak akan di terima)

3. Penyertaan akan dinilai oleh panel hakim yang dilantik.  Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang  bantahan tidak akan dilayan.


HADIAH :
PERTAMA  RM1000 dan sijil
KEDUA        RM 700 dan sijil
KETIGA       RM 500 dan sijil

*Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan

PENILAIAN DAN PENGHAKIMAN
Penilaian akan dilaksanakan oleh panel hakim yang dilantik  pada bila-bila masa dalam minggu pertama dan kedua  bulan September 2022. Peserta hendaklah sentiasa  bersedia untuk dinilai.

Sistem pemarkahan adalah seperti berikut :
Rekabentuk : 30%
Pemeliharaan  lanskap : 20%
Penyelenggaraan : 20%
Idea dan Inisiatif : 10%
Menepati  Objektif : 10%
Nilai Estetika/Visual : 10%
Jumlah Markah : 100%

Aspek yang dinilai adalah seperti berikut :

a. Rekabentuk
Susunan Landskap/Pemilihan Landskap  Lembut dan Kejur  serta kreativiti

b. Keusahaan mementingkan Pemeliharaan  lanskap dan alam sekitar
Memelihara,mengekalkan, memulihara  kesepaduan elemen dengan alam sekitar.

c. Penyelenggaraan
Kesuburan, perawatan, kekemasan dan  penyelenggaraan landskap.

d. Idea dan Inisiatif
Kebersihan kawasan tanaman,keindahan  laman.

e. Keberkesanan Menepati Objektif
Menilai secara keseluruhan dari segi pencapaian objektif

f. Nilai Estetika/Visual
Penilaian dari sudut pandangan estetika  dan visual keseluruhan kawasan landskap.



Sebarang  pertanyaan sila berhubung dengan Bahagian Landskap MDYP Pn. Nur Rabiatul / En. Zainuddin Ahmad /Pn. Azizah di talian +607 467 1276 (sambungan 222)

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy