Borang Pendaftaran Pertandingan Foto Muhibah Maulidurrasul     
Sempena Kempen Kenalkan Nabi Muhammad SAW 2022
Sign in to Google to save your progress. Learn more
SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
  2. Hantar foto anda bersama kenalan Bukan Islam beserta kapsyen akhlak Nabi Muhammad SAW yang ada pada kenalan tersebut.
  3. Penyertaan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  4. Setiap gambar hendaklah asli, idea sendiri dan belum pernah disiarkan dalam mana-mana media. Karya ciplak atau plagiat akan dibatalkan daripada pertandingan.
  5. Setiap penyertaan mesti disertakan dengan: #gabungandakwahmalaysia #kenalkannabimuhammad
  6. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi/whatsapp 0133874655 – Ibrahim atau 0176436292 – Hidayat.
  7. Setiap ‘posting’ dari peserta yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur untuk digunakan sebagai bahan kempen.
  8. Tempoh pertandingan bermula 20 September 2022 hingga 20 Oktober 2022.
  9. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan sepanjang tempoh pertandingan.
  10. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan.
  11. Pemenang akan ditentukan berdasarkan gambar dan kapsyen yang paling kreatif dan menarik.
  12. Senarai pemenang akan diumumkan melalui media sosial Gabungan Dakwah Malaysia pada 31 Oktober 2022.
  13. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

CARA PENYERTAAN
  1. Muatnaik gambar bersama kenalan Bukan Islam.
  2. Sediakan kapsyen yang menyatakan akhlak Nabi Muhammad SAW yang ada pada kenalan Bukan Islam tersebut.
  3. Letakkan #gabungandakwahmalaysia dan #kenalkannabimuhammad pada hantaran tersebut.
  4. Muatnaik penyertaan tersebut melalui akaun media sosial anda.(Facebook, Instagram atau TikTok sahaja)
  5. Pastikan akaun anda dalam mod ‘UMUM’ supaya dapat dilihat umum.
  6. Isikan borang penyertaan dibawah
Nama *
No. Kad Pengenalan *
No. telefon *
'Link' pautan bahan pertandingan *
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy