KAJI SELIDIK BUKU, JURNAL DAN MAJALAH TERBITAN PUSAT SEJARAH BRUNEI
Sejak ditubuhkan pada 26 Januari 1982 sehingga sekarang, Pusat Sejarah Brunei berjaya menerbitkan lebih 170 buah buku, jurnal dan majalah yang berkaitan dengan sejarah Brunei dalam pelbagai aspek termasuklah sosiobudaya (sosiologi dan antropologi), agama, politik, sosial dan ekonomi.

Pada tahun 1983, Pusat Sejarah Brunei menerbitkan buku sulungnya, 'Syair Rakis'. Selain buku, Pusat Sejarah Brunei juga menerbitkan keluaran pertama 'Jurnal Darussalam' pada tahun 1992. 'Jurnal Darussalam' ini diterbitkan setahun sekali. Majalah terbitan Pusat Sejarah Brunei, iaitu 'Majalah Pusaka' mula diterbitkan pada tahun 1988. Pada tahun 2011, majalah ini diterbitkan tiga kali setahun dengan format dan wajah baharu dari segi pengisian dan gaya penyampaian.

Sesuai dengan peranannya ke arah penyelidikan dan penulisan sejarah negara, Pusat Sejarah Brunei mampu menerbitkan buku, jurnal dan majalah dengan tujuan memberikan maklumat serta fakta penting kepada khalayaknya. Oleh itu, kaji selidik ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap penerimaan dan pemberigaan buku, jurnal dan majalah terbitan Pusat Sejarah Brunei dalam kalangan orang ramai.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy