PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH KERJASAMA TEKNIKAL DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN JEPUN BAGI TAHUN KEWANGAN 2022 (SATREPS FY2022) - Daftar Minat
Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development – SATREPS) bagi tahun kewangan 2022. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di antara Jepun dan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut.

- Permohonan adalah dengan menggunakan borang sepertimana format Japan’s Technical Cooperation. Pemohon juga dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proforma. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT;

- Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah terhad kepada empat (4) bidang iaitu Environment and Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation dan Infectious Diseases Control;

- Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Jepun. Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan dalam bidang kerjasama yang sama kepada Japan Science and Technology Agency (JST) di bawah Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun di Tokyo. Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang Infectious Diseases Control perlu mengemukakan permohonan kepada Japan Agency for Medical Research and Development (AMED).;

- Penyelidik Malaysia adalah dimohon untuk berbincang dengan penyelidik Jepun bagi memastikan nisbah permohonan peruntukan adalah dipersetujui bersama supaya mempunyai peluang tinggi untuk diperaku setelah dipanjangkan bagi penilaian di peringkat Jepun;

- Tempoh projek di bawah Kerjasama Teknikal SATREPS adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun;

- Maklumat lanjut, sila layari : https://www.jica.go.jp/english/our_work/science/satreps.html

Serahan proposal kepada PPPI: 3-20 Ogos 2021
Proses Penilaian dalaman: 21-27 Ogos 2021
Semakan Akhir PPPI: 28-31 Ogos 2021
Serahan dokumen kepada KPT : 1 September 2021
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Nama *
Jawatan (Prof/Assoc. Prof./Dr/Mr/Mrs) *
No. Telefon *
E-mel *
Faculty / Pusat *
Cadangan Tajuk Penyelidikan *
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy