PERJALANAN MENUJU KONVENSI PASTORAL PAN MALAYSIA (PMPC) 2026
Gereja Katolik di Malaysia akan berkumpul bersama dengan golongan paderi, golongan beragama dan umat awam Kristian untuk meraikan, mendengar dan berjalan di dalam terang cahaya Tuhan. (rujuk Yesaya 2:2-5). Konvensi ini bertujuan untuk melihat secara mendalam dan merealisasikan misi Gereja:
• Sebagai suara umat
• Menjangkau sesama di dalam kasih
• Berkomunikasi tentang kepenuhan hidup
• Bertumbuh dalam Kekudusan

Sebagai golongan murid-murid mubaligh, kita dengan lebih menjadi garam dunia dan cahaya dunia (Mat 5: 13-16) kita akan fokus kepada 4 keutamaan kita:
• Keluarga
• Gereja
• Masyarakat
• Ekologi

Dalam perjalanan ke arah konvensi ini, kita dipanggil untuk merenung siapakah diri kita sebagai Tubuh Kristus di dunia masa kini; meraikan keberkatan, merasakan realiti dan segala perjuangan serta berusaha untuk menghadapi apa yang akan datang (Fil 3:13) dalam empat bidang di atas. Sebagai persiapan untuk PMPC 2026 kita akan melalui suatu proses yang melibatkan Penilaian, Penglihatan Jauh (Bervisi) dan Pelaksanaan (Bermisi).

Dalam tahun 2021, kita akan melalui suatu proses memahami siapakah kita dan bagaimanakah kita BERPERANAN sebagai Keluarga, Masyarakat, Gereja dan Penjaga Ekosistem. Kami berhasrat untuk memahami diri kita sendiri, kekuatan kita dan perjuangan kita dalam semua bidang ini. Ini juga merupakan waktu untuk membuat refleksi terbuka mengenai bagaimana Pandemik Global Covid-19 telah memberi perubahan dan mempengaruhi kehidupan kita di setiap empat bidang ini.

Kita dipanggil untuk membuka hati, bersimpati dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, melibatkan diri dalam realiti di bidang-bidang ini untuk menilai perasaan kita dan menjawab empat soalan di bawah. Kita dapat memberi input secara bebas sebagai individu atau sebagai komuniti paroki.

Soalan 1: Sebagai Tubuh Kristus, yang dipanggil untuk menjadi garam dunia dan cahaya dunia (Mat. 5: 13-16) bagaimana kita bertindak balas dalam dunia pandemik saat ini sebagai Keluarga?

Soalan 2: Sebagai Tubuh Kristus, yang dipanggil untuk menjadi garam dunia dan cahaya dunia (Mat. 5: 13-16) bagaimana kita bertindak balas dalam dunia pandemik saat ini sebagai Masyarakat?

Soalan 3: Sebagai Tubuh Kristus, yang dipanggil untuk menjadi garam dunia dan cahaya dunia (Mat. 5: 13-16) bagaimana kita bertindak balas dalam dunia pandemik saat ini sebagai Penjaga Ekosistem?

Soalan 4: Sebagai Tubuh Kristus, yang dipanggil untuk menjadi garam dunia dan cahaya dunia (Mat. 5: 13-16) bagaimana kita bertindak balas dalam dunia pandemik saat ini sebagai Gereja?

Anda diminta untuk membaca soalan-soalan ini, berdoa, merenungkannya, berdialog tentangnya sebagai kumpulan dalam komuniti, keluarga atau paroki anda, dan menjawabnya di ruang di bawah ini. Anda boleh memberi seberapa banyak jawapan untuk setiap soalan. Walau bagaimanapun, jawapannya harus ringkas dan spesifik sehingga mudah difahami dan dianalisis selepas proses ini.

Setelah keempat-empat soalan dijawab, sila klik butang HANTAR/SUBMIT.

Setelah maklum balas ini diterima, Pasukan Pastoral Keuskupan akan meringkaskan dan menyusun jawapan. Maklum balas tersebut kemudian akan diambil untuk penyusunan terakhir dan digunakan dalam PMPC 2026 sebagai bahagian dari proses maklum balas dan penilaian. Maklum balas tersebut juga akan digunakan dalam perbincangan Perhimpunan Pastoral Paroki.

Maklum balas anda akan terus menambah nilai dalam melihat fokus kami sebagai Tubuh Kristus di Malaysia.

Terima kasih dan Tuhan memberkati.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Proses
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy