Mengikut fatwa Majlis Muzakarah, pendermaan darah tidak membatalkan puasa; malah digalakkan pada bulan Ramadhan ini. Seseorang itu boleh menderma darah asalkan tidak memudaratkan diri sendiri.
PDN akan menganjurkan program berbuka puasa dan menderma darah pada bulan Ramadhan 2020. Program ini hanya untuk PENDERMA DARAH UTUH di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak dan setiap penderma yang berminat menyertai program perlu membuat temujanji pendermaan darah dengan mengisi borang ini.
Anda boleh memeriksa kesesuaian anda sebagai penderma darah di
https://forms.gle/4ZrUkwcoRF2D6pBq7.
Sekiranya anda memenuhi kriteria penderma darah, anda bolehlah mengisi borang ini dan hadir untuk menderma darah. Pusat Darah Negara menyediakan juadah berbuka puasa untuk penderma darah Muslim yang ingin menderma di Pusat Darah Negara.
Waktu operasi PDN, Jalan Tun Razak:
Isnin - Jumaat: 10.00 pagi - 9.00 malam
Sabtu - Ahad /Cuti umum : 10.00 pagi - 6.00 petang
Untuk bulan Ramadhan, lanjutan waktu 7.00 malam - 9.00 malam (Isnin - Jumaat **kecuali cuti umum) adalah untuk penderma darah utuh yang mempunyai temujanji sahaja. Sila bawa alat kelengkapan solat sendiri (sejadah dan telekung).
* Bagi penderma AFERESIS, sebarang maklumat lanjut berkaitan temujanji pendermaan aferesis, boleh hubungi talian 03-26132682.