Guru seni, pusat seni, seniman dll yang mempunyai kelas mereka tersenarai di platform Kakiseni Junior akan dirujuk sebagai 'vendor program pendidikan kreatif'.
- Kelas apa yang boleh disenaraikan di Kakiseni Junior?
Semua jenis kelas kreatif boleh disenaraikan di Kakiseni Junior, termasuk kelas motivasi dan kemahiran hidup..
- Bagaimana vendor program pendidikan kreatif menjalankan kelas mereka?
Bergantung kepada vendor untuk menjalankan kelas mereka. Vendor tidak terikat dengan Kakiseni Junior sebagai kakitangan/pekerja kontrak. Kelas boleh dikendalikan dalam talian atau luar talian, atas persetujuan oleh ibubapa / sekolah.
- Adakah vendor program pendidikan kreatif akan diberi bayaran?
Ya, ibubapa / sekolah yang menempah kelas mereka akan membuat bayaran.
- Bagaimana vendor program pendidikan kreatif dapat menerima wang mereka?
Kakiseni Junior menggunakan “payment gateway” di platform kami yang membolehkan ibubapa/sekolah untuk membuat bayaran, lantas diproses oleh pihak kami untuk menyalurkan wang kepada vendor-vendor dalam masa seminggu hingga tiga minggu.
- Adakah terdapat kos pemprosesan untuk pembayaran melalui Kakiseni Junior?
Ya. Kos pemprosesan daripada hasil kutipan yuran kelas vendor akan disalurkan kepada program kebajikan sosial Kakiseni - Seni Making A Difference (SeniMAD). Kutipan dana ini akan disalurkan kepada 160 kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada tahun 2021. Terma dan syarat boleh didapati di
https://kakiseni.com/kakiseni-jr-tnc/- Bagaimana saya boleh menjual karya seni saya?
Kami tidak menyediakan platform untuk penjualan dan pembelian karya seni dan produk seni yang sebagainya.
- Apakah prosedur seterusnya selepas saya mengisi borang untuk menjadi vendor program pendidikan di Kakiseni Junior?
Pihak kami akan menghubungi vendor yang telah terpilih setelah laman sesawang Kakiseni Junior telah selesai dibina. Kami akan meminta anda untuk membaca Terma & Syarat Kakiseni Junior, dan pihak vendor yang terpilih dapat mengesahkan data yang telah disenaraikan di dalam profil mereka, dan anda sudah bersedia untuk menggunakan platform Kakiseni Junior!
- Saya sebagai ibu bapa / guru sekolah mencari kelas kreatif. Bagaimana saya boleh menyertai?
Kami kini masih dalam proses membina laman sesawang Kakiseni Junior dan belum lagi membuka pendaftaran kelas. Kami akan menyampaikan perkembangan terbaru berkenaan Kakiseni Junior di laman media sosial kami.
- Bilakah Kakiseni Junior and dilancarkan sepenuhnya?
Kakiseni Junior akan mula beroperasi pada Mei 2021.