PERATURAN PERTANDINGAN GIMRAMA MSSPk eCHALLENGE 2021
1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Kejohanan Gimrama MSS Perak e-Challenge 2021
2. ACARA DIPERTANDINGKAN / KATEGORI
2.1 LITTLE GYMNAST (FREEHAND/ROPE/BALL)
2.2 GRADE 1 (FREEHAND/ROPE/HOOP)
2.3 GRADE 2 (FREEHAND/ROPE/BALL/HOOP/CLUB/RIBBON)
2.4 GRADE 3 (FREEHAND/ROPE/BALL/CLUB/RIBBON)
2.5 GRADE 4 (FREEHAND/BALL)
2.6 UNDER 8 (FREEHAND)
2.7 UNDER 10 (FREEHAND)
2.8 PRE-JUNIOR (BAWAH 12 TAHUN) - FREEHAND/BALL/HOOP/CLUB
2.9 JUNIOR (BAWAH 15 TAHUN) - FREEHAND/BALL/HOOP/CLUB
2.10 SENIOR (BAWAH 18 TAHUN) - FREEHAND/BALL/HOOP/CLUB
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Pendaftaran Pemain
3.1.1 Pertandingan dijalankan secara individu perempuan sahaja.
3.1.2 Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan terbaik sahaja namun tiada
had maksima diberikan kepada sekolah untuk menghantar peserta.
3.1.3 Setiap peserta mesti mendaftar dalam Borang Maklumat Pendaftaran Peserta yang
disediakan (google form).
3.1.4 Peserta perlu memuat naik video ke dalam Google Drive dan salin url/pautan file
tersebut ke dalam google form ini. (Pastikan setting file Restricted ditukar kepada
Anyone with the Link)
3.1.5 Peserta perlu menghantar penyertaan sebelum atau pada 15 September 2021 (Rabu).
4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Peraturan Pertandingan dan Peraturan Am MSSM, Undang-Undang Code of Points FIG
(2017 – 2020) dirujuk.
4.2 Pertandingan yang dijalankan akan dinilai untuk penyertaan peringkat Negeri Perak.
4.3 Setiap peserta hanya perlu menghantar 1 sahaja rakaman yang terbaik untuk dinilai oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
4.4 Rakaman video perlu asli dan tiada kesan suntingan.
4.5 Video yang dihantar akan menjadi HAK MILIK “GIMRAMA MSS PERAK”
4.6 Setiap rakaman video perlu memenuhi syarat berikut :
4.6.1 Pergerakan diiringi muzik
4.6.2 Dengan leotard pertandingan/leotard latihan.
4.6.3 Rakaman tidak boleh disunting. Rutin dibuat dalam satu rakaman video sahaja.
4.6.4 Setiap video perlu dinamakan dengan jelas butiran berikut sebelum dimuatnaik.
Kategori/Alatan/Nama/Sekolah
Contoh : B12 Bola Stephanie Chong Xi Mei SJKC Ave Maria
4.6.5 Potongan mata akan dikenakan untuk rakaman yang tidak jelas dan
tidak mengikut syarat-syarat seperti dinyatakan.
4.6.6 Rakaman video boleh dilaksanakan di ruang lapang di halaman rumah atau dalam rumah.
(Tertakluk kepada SOP semasa)
5. TEMPOH MASA
5.1 Tempoh video adalah di antara 1 minit 15 saat hingga 1 minit 30 saat.
5.2 Masa yang kurang atau lebih daripada ditetapkan akan dikenakan penalti.
6. SENARAI PEGAWAI TEKNIK & PEMBANGUNAN SUKAN (PTPS) UNTUK DIHUBUNGI :
6.1 PTPS NEGERI : NAGEINTHINI A/P TEWARAJAN ( 014 - 952 2945 )
6.2 PTPS LMS : PN. AZIZAH BINTI JAFFAR ( 017 - 466 2125 )