PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(Disediakan oleh Cikgu Suzaini Shamsuldin Sk Sg Ara)
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020, oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara. Kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Kuarantin Malaysia". Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam untuk penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti. Penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPT) serta institut latihan kemahiran di seluruh negara. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Clear selection
JAWAB SOALAN DI BAWAH BERDASARKAN PETIKAN
Clear selection
Apakah maksud Perintah Kawalan Pergerakan?
1 point
Clear selection
Bagaimanakah penguatkuasaan larangan ini dijalankan?
1 point
Clear selection
Apakah sekatan yang tidak  dilakukan?
1 point
Clear selection
Apakah yang dilakukan terhadap rakyat yang baru pulang dari luar negara?
1 point
Clear selection
Semua premis-premis berikut dibuka kecuali..................
1 point
Clear selection
PKP sering dirujuk oleh sesetengah pihak sebagai "Kuarantin Malaysia". Siapakah pihak tersebut?
1 point
Clear selection
Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara kecuali
1 point
Clear selection
Berikut adalah larangan khusus untuk umat Islam kecuali
1 point
Clear selection
Sinonim perkataan kuarantin ialah ................
1 point
Clear selection
Perkatan pencegahan boleh digantikan dengan.................
1 point
Clear selection
Submit
Clear form
This form was created inside of Ministry Of Education Malaysia. Report Abuse