PENDAFTARAN PERTANDINGAN SENI KHAT KEBANGSAAN SEMPENA PAMERAN DAN SEMINAR SENI KHAT JAWI UTM 2022
ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bersempena dengan PAMERAN DAN SEMINAR KHAT anjuran UTM dengan kerjasama Persatuan Khat Johor, satu pertandingan seni khat kebangsaan telah dianjurkan. Berikut adalah maklumat pertandingan:

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada TIGA kategori -

a) Peringkat Sekolah Rendah (7-12 tahun)
b) Peringkat Sekolah Menengah (13-17 tahun)
c) Peringkat Terbuka (18 tahun ke atas)

2. Seorang peserta hanya dibenarkan menghantar SATU karya sahaja.

3. Karya pertandingan perlulah asli tulisan tangan serta tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan atau pameran lain.

4. Peralatan pertandingan ditanggung sendiri oleh peserta. Jenis kertas adalah bebas (art paper dan sebagainya) namun kertas tradisional /waraq muqahhar adalah digalakkan.

5. Setiap karya yang dihantar perlulah dalam keadaan baik dan bersih. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kecuaian dan kelewatan semasa penghantaran karya samada melalui serahan tangan (by-hand) atau pos.

6. Kos penghantaran karya ditanggung sendiri oleh peserta. Sila pos karya ke alamat berikut:

Perpustakaan Raja Zarith Sofia, UTM Library,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru,
Johor

7. Maklumat peserta perlu dinyatakan di bahagian belakang karya iaitu: Nama, Nombor IC, Alamat, Nombor telefon dan Kategori

8. Setiap karya pemenang adalah menjadi hakmilik penganjur. Karya peserta yang tidak berjaya boleh dituntut dalam tempoh DUA BULAN selepas berakhirnya program Pameran Seni Khat UTM 2022. Penganjur berhak menggunakan semula karya-karya peserta dalam sebarang pameran, penerbitan, cetakan dan seumpamanya tanpa perlu memohon izin dan persetujuan daripada peserta.

9. Pihak penganjur berhak menolak sebarang karya oleh peserta sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Tarikh penting:
Tarikh akhir daftar penyertaan : 15 Januari 2022
Tarikh akhir penerimaan karya siap : 1 Febuari 2022
Tarikh keputusan dan penyampaian hadiah : 27 Mac 2022

FORMAT DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Jenis khat - Peserta dikehendaki menggunakan dua jenis kaedah khat pada setiap karya seperti berikut:

a) Peringkat Sekolah Rendah - Khat Nasakh & Khat Riq’ah
b) Peringkat Sekolah Menengah - Khat Thuluth & Khat Nasakh
c) Peringkat Terbuka - Khat Thuluth & Khat Nasakh

2. Saiz karya
a) Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah  - Saiz A3 (297mm x 420mm)
b) Peringkat Terbuka/ dewasa  - Saiz A2 (420mm x 594
mm)

3. Jenis dakwat - Peserta dibenarkan menggunakan maksimum 3 warna sahaja (termasuk corak hiasan).

4. Ayat pertandingan - Peserta dikehendaki mengkaryakan SALAH SATU SAHAJA dari peribahasa seperti dibawah:


A. KATEGORI DEWASA/ TERBUKA

1)  کالاو اصل بنيه يڠ باءيق(thuluth)   جاتوه ک لاءوت منجادي ڤولاو(nasakh)
2)  کالاو تاکوت دلامبوڠ اومبق  (thuluth) جاڠن برومه د تڤي ڤنتاي(nasakh)
3)  لاءوت مان تيدق براومبق (thuluth) بومي مان تيدق دتيمڤا هوجن(nasakh)

B. KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

1)  اورڠ بربودي کيت بربهاس(thuluth) اورڠ ممبري کيت مراس(nasakh)
2)  بيار بوروق کاءين دڤاکاي(thuluth) اصل ڤنداي مڠمبيل هاتي(nasakh)


C. KATEGORI SEKOLAH RENDAH

1)  د مان بومي دڤيجق(nasakh) د سيتو لاڠيت دجونجوڠ (riqah)
2)  ݢڠݢم بارا اڤي(nasakh) بيار سمڤاي جادي ارڠ(riqah)


5. Saiz tulisan  - bebas. Namun setiap karya hendaklah menggunakan 70%-80% daripada keseluruhan permukaan kertas untuk memaparkan kreativiti seni khat masing-masing.

6. Corak hiasan Islam atau zukhruf adalah digalakkan.


SKEMA PENGHAKIMAN


1. Penilaian untuk setiap karya adalah seperti berikut :

a) Kaedah Seni Khat dan Jawi : 60%
b) Susun atur dan kreativiti : 20%
c) Hiasan/Zukhruf : 20%

2.  Para hakim berhak membuat sebarang PINDAAN ke atas syarat-syarat/skema penghakiman mengikut kesesuaian dan keperluan pertandingan ini selain yang dinyatakan tanpa memaklumkan para peserta.

3. Para hakim berhak untuk menolak penyertaan mana-mana karya sekiranya karya yang dihantar peserta tidak menepati syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

4. Semua keputusan hakim pertandingan adalah MUKTAMAD.


JUMLAH HADIAH

Kategori dewasa
Johan rm1500
Naib johan rm1000
Ketiga rm700
Lima saguhati xrm200

Kategori sek menengah:
Johan rm700
Naib johan rm500
Ketiga rm300
Lima saguhati x 70

Kategori sek rendah
Johan rm500
Naib Johan rm300
Ketiga rm200
Lima saguhati x Rm50

Sign in to Google to save your progress. Learn more
NAMA PENUH PESERTA *
NOMBOR KAD PENGENALAN *
NOMBOR TELEFON *
ALAMAT SURAT MENYURAT *
KATEGORI *
Sila klik di pautan berikut untuk perhubungan dengan pihak penganjur di dalam Whatsapp Group. Terima kasih. https://chat.whatsapp.com/Lpw7GXeoSZgGw0XTFVezz0 *
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Teknologi Malaysia. Report Abuse