BORANG PERSETUJUAN SUNTIKAN VAKSIN COVID19 (DOS 3/PENGGALAK) SECARA SUKARELA
Vaksin COVID-19 diberi bagi mengawal penularan COVID-19 di negara ini. Apabila semakin
ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan
seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.
Secara tidak langsung kita boleh melindungi golongan berisiko yang tidak layak menerima
suntikan vaksin.

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama
Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum
penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan
oleh Kerajaan.

Suntikan Vaksin COVID-19 ada yang memerlukan satu (1) atau (2) dos bergantung kepada
jenis vaksin. Suntikan ini kebiasaannya diberi pada otot bahu kecuali dalam keadaan tertentu.
Jenis vaksin yang diberikan bergantung kepada bekalan vaksin semasa.

Pengambilan Vaksin COVID-19 ini juga mungkin akan mengakibatkan kesan sampingan yang
ringan dan kesan sampingan lain yang akan dilaporkan dari semasa ke semasa.


Saya telah membaca/ dibacakan tentang maklumat vaksin COVID-19 serta tujuan dan kaedah
pemberian suntikan vaksin tersebut seperti mana di helaian Maklumat Vaksin COVID-19 bagi
Penerima Vaksin.

Dengan ini, saya memahami bahawa:
          1. pengambilan vaksin COVID-19 ini mungkin akan menimbulkan reaksi serta kesan
              sampingan seperti yang dinyatakan di dalam maklumat vaksin;
          2. saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku akibat keputusan /
              tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan
              sampingannya;
          3. vaksin ini tidak memberi jaminan sepenuhnya kepada saya daripada tidak mendapat
              jangkitan COVID-19 pada masa akan datang;
         4. dengan menandatangani persetujuan menerima vaksin COVID-19 ini, saya bersetuju
             dengan rela hati untuk melengkapkan jumlah pengambilan dos vaksin seperti yang
             dijadualkan.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Email *
SAYA BERSETUJU UNTUK MENDAPATKAN VAKSIN COVID19 DOS PENGGALAK UNTUK DIRI SAYA *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy