Kaji Selidik Cadangan Menghidupkan Semula Kompleks Pejabat Hasil Balik Pulau
Program Space Mover@Balik Pulau merupakan satu inisiatif baru oleh pihak MBPP dengan menggunakan konsep Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) dan Placemaking untuk membangunkan dan menghidupkan semula kawasan tersebut  dengan kerjasama komuniti setempat.

Objektif utama Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) Ialah memastikan keperluan semua kumpulan yang berbeza di Pulau Pinang tercapai. GRPB mengambil kira perspektif gender dalam proses bajet untuk memastikan pembahagian sumber berteraskan keperluan masyarakat.

Placemaking merupakan satu konsep yang menghidupkan semula kawasan yang kurang dikunjungi oleh warga setempat dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatian secara lebih kerap dan menyediakan ruang kepada warga setempat untuk mengadakan aktiviti komuniti.

Objektif
1. Mendapatkan cadangan penyelesaian untuk menghidupkan kawasan sekitar Kompleks Pejabat Hasil di Balik Pulau.
2. Mempelbagaikan produk pelancongan supaya Balik Pulau menjadi tempat tarikan pelancongan yang baru di Pulau Pinang.
3. Menggalakkan penyertaan komuniti dan usahasama pintar antara pihak MBPP dan komuniti setempat dalam proses perancangan dan pembangunan kawasan Balik Pulau.
4. Mewujudkan rasa kepunyaan terhadap program yang dilaksanakan.

Lokasi
Lokasi sasaran untuk program ini adalah kawasan sekitar Bangunan Pejabat Hasil, termasuklah pasar, medan selera, Taman Poket Buah Pala, terminal bas dan tempat letak kereta.
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of PWDC Sdn Bhd. Report Abuse