CABARAN TIKTOK SAYA TAHU
A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 
Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 13 tahun ke atas.
Konsep pertandingan ialah secara individu.  
Video pertandingan mestilah dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Durasi kandungan adalah 3 minit.

B. KANDUNGAN CABARAN TIKTOK: SAYA TAHU

Kandungan (content)  mestilah memaklumkan ejaan yang kerap dieja salah dan perlu disertakan ejaan yang
        betul dengan merujuk Kamus Dewan Perdana atau prpm.dbp.gov.my.

C. PERATURAN PENYERTAAN

Peserta WAJIB melengkapkan maklumat peribadi dan maklumat  pautan/ link/url TikTok peribadi dalam
        Borang Penyertaan yang boleh dicapai menerusi pautan https://linktr.ee/bkpk.
Peserta MESTILAH berpakaian kemas, sopan dan bersesuaian sebagai imej perpaduan dan kebudayaan
        negara semasa rakaman dibuat. Markah bonus akan diberikan oleh juri.
Penyertaan peserta tidak akan dinilai oleh juri/hakim sekiranya  GAGAL mematuhi syarat pertandingan.

D. PERATURAN KANDUNGAN

Rakaman kandungan (content) MESTILAH jelas.
TIDAK BOLEH meletakkan maklumat peribadi, identiti sekolah, daerah  atau negeri pada paparan.
Rakaman dan video yang diambil tidak boleh disunting dan menggunakan mana-mana bahan rakaman
        video, foto, grafik dan audio yang melanggar hak harta intelek daripada mana-mana pihak ketiga.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
Penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, mengedar, menyunting dan menayangkan hasil
       ramakan dan video sama ada yang menang atau tidak di laman sesawang, pameran, atau mana-mana
       saluran media atau media sosial bagi tujuan promosi.

E. HADIAH

            Tempat Pertama     : RM500.00 dan Sijil Digital
            Tempat Kedua         : RM400.00 dan Sijil Digital
            Tempat Ketiga         : RM300.00 dan Sijil Digital
            3 Sagu hati               : RM300.00 dan Sijil Digital

F. PANDUAN PEMARKAHAN

Penyertaan akan diadili dari segi kriteria yang berikut.

      i. Isi/idea                : 40 markah
     ii. Bahasa                : 30 markah
     iii. Penyampaian/persembahan : 20 markah
     iv. Kesantunan, adab dan bonus : 10 markah

Markah maksimum sebanyak 30% sahaja akan diberikan oleh setiap juri kepada peserta yang TIDAK
        menggunakan kandungan (content) seperti yang dinyatakan di atas.
Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN adalah sebelum atau pada 3 Julai 2022


Inicia la sessió a Google per desar el teu progrés. Més informació
Següent
Esborra el formulari
No enviïs mai contrasenyes a través de Formularis de Google.
Google no ha creat ni aprovat aquest contingut. Informa d'un ús abusiu - Condicions del Servei - Política de privadesa