Persepsi Sokongan Sosial sebagai Kesan Pengantara terhadap Hubungan di antara Stigma Dalaman dan Gejala Kemurungan di Kalangan Individu yang Mengalami Sakit Kronik di Malaysia
Nama penyelidik dan nama institusi:

Penyelidik Utama:
Chia Zhi Ting, University of Cyberjaya

Penyelidik Bersama:
Zubaidah Jamil Osman, Management and Science University
Ahmad Afifi Mohd Arshad, Hospital Sultanah Bahiyah
R. Usha A/P S. Rajah, Hospital Pulau Pinang
Law Yen Shuang, Hospital Sultan Ismail
Mazlila bt Meor Ahmad Shah, Hospital Selayang


Pengenalan:
Risalah ini menjelaskan hal-hal berkenaan penyelidikan tersebut dengan lebih mendalam dan terperinci. Amat penting anda memahami mengapa penyelidikan ini dilakukan dan apa yang dilakukan dalam penyelidikan ini. Sila ambil masa yang secukupnya untuk membaca dan mempertimbangkan dengan teliti penerangan yang diberi sebelum anda bersetuju untuk menyertai penyelidikan ini.

Untuk menyertai kajian ini, anda mesti:
a. Berumur antara 18 hingga 65 tahun
b. Memahami Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
c. Mempunyai sakit kronik yang tidak berkaitan dengan kanser (contohnya, sakit belakang, fibromyalgia, sakit muskuloskeletal dan sakit kepala) dan telah menghidapi kesakitan ini hampir setiap hari sekurang-kurangnya dalam masa tiga bulan
d. TIDAK mempunyai penyakit yang mengancam nyawa (contohnya HIV, epilepsi dan kanser)
e. TIDAK mempunyai gangguan psikotik (contohnya skizofrenia)  
f. TIDAK mempunyai kecacatan fizikal (contohnya kehilangan anggota badan)

Penyertaan anda dalam penyelidikan ini adalah secara sukarela. Anda tidak perlu menyertai penyelidikan ini jika anda tidak mahu. Anda mempunyai hak untuk tidak menjawab mana-mana soalan yang anda tidak mahu jawab. Anda juga boleh menarik diri daripada penyelidikan ini pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang kesan negatif. Jika anda menarik diri sebelum melengkapkan semua borang soal selidik, segala maklumat yang anda isi tidak akan direkodkan. Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.


Apakah tujuan penyelidikan ini dilakukan?
Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji persepsi sokongan sosial sebagai kesan pengantara terhadap hubungan di antara stigma dalaman dan gejala kemurungan di kalangan individu yang mengalami sakit kronik di Malaysia. Penyelidikan ini diperlukan kerana dapat memberikan pemahaman yang lebih lanjut berkenaan dengan stigma di kalangan individu yang mengalami sakit kronik di Malaysia. Penyelidikan ini akan berlangsung selama empat bulan (1st April 2021 hingga 31st Julai 2021). Dijangka bahawa 168 individu akan mengambil bahagian dalam kajian ini.


Apakah tanggungjawab saya sewaktu menyertai penyelidikan ini?
Anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan selidik, termasuk senarai semak saringan, soal selidik demografi, soal selidik tahap sakit dan tiga soal selidik yang mengukur tahap stigma dalaman, persepsi sokongan sosial dan gejala kemurungan. Seluruh proses tidak akan melebihi 20 minit.


Apakah manfaatnya saya menyertai kajian ini?
Penyelidikan ini mungkin akan mendatangkan manfaat ataupun langsung tiada memberi apa-apa manfaat kepada anda. Segala maklumat yang diperolehi daripada penyelidikan ini akan membantu memahami stigma dalaman di kalangan individu mengalami sakit kronik dan seterusnya membantu meningkatkan kualiti rawatan sakit kronik di Malaysia.


Apakah risiko dan kesan-kesan sampingan menyertai penyelidikan ini?
Peserta dalam kajian mungkin berisiko rendah dan hanya boleh mendatangkan ketidakselesaan apabila soalan-soalan dalam salah satu soal selidik menimbulkan kenangan atau emosi yang tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, anda boleh menarik diri pada bila-bila masa, tanpa sebarang kesan negatif. Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan, jangan ragu untuk menghubungi penyelidik atau perkhidmatan kesihatan mental yang disediakan di Lembaran Maklumat untuk bantuan.


Siapakah yang membiayai penyelidikan ini ?
Kajian ini tidak menerima penajaan/dana dari pihak luar. Anda tidak akan dibayar untuk menyertai kajian ini.


Adakah maklumat saya akan dirahsiakan ?
Segala maklumat anda yang diperolehi dalam penyelidikan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan/ atau undang-undang yang berkenaan. Sekiranya hasil penyelidikan ini diterbitkan atau dibentangkan kepada orang ramai, identiti anda tidak akan didedahkan tanpa kebenaran anda terlebih dahulu. Pihak-pihak tertentu seperti individu yang terlibat dalam penyelidikan ini, juruaudit dan jurupantau yang terlatih, pihak berkuasa kerajaan atau undang-undang, boleh memeriksa maklumat atau data kajian jika diperlukan.


Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan?
Anda boleh menghubungi penyelidik Chia Zhi Ting di alamat emel zhitingchia95@gmail.com sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyelidikan ini atau jika anda mengesyaki anda mengalami kecederaan yang terhasil daripada penyelidikan ini dan anda mahukan maklumat tentang penyelidikan ini (contohnya salinan hasil penyelidikan).


Sign in to Google to save your progress. Learn more
Saya telah membaca dan memahami segala maklumat yang diberikan dalam risalah ini. Saya secara sukarela memberi persetujuan untuk menyertai penyelidikan ini dan memahami behawa persetujuan saya untuk menyertai penyelidikan ini tidak akan menjejaskan kebebasan saya untuk menarik diri daripada penyelidikan ini pada bila-bila masa. *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy