KAJI SELIDIK AGENSI TERHADAP KAJIAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PENGENALAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kedah yang akan menjadi rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi - agensi negeri dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik dan realistik mengikut kemampuan serta memfokuskan kepada kepentingan rakyat.

Penyediaan Blueprint ini adalah selaras dengan hasrat negara dalam mencapai aspirasi Negara Pintar (Smart Nation) pada tahun 2040 serta merupakan salah satu Bidang Fokus Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu "Memperkukuh agenda bandar pintar ke arah perbandaran baharu". Penyediaan  Blueprint  ini juga adalah satu pendekatan baharu di dalam pengurusan bandar bagi bandar-bandar di Negeri Kedah di dalam menangani cabaran perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup ke arah mencapai manifestasi negeri sebagai sebuah Negeri Pintar (Smart State).

Sehubungan itu, kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mendapatkan padangan awal bagi perkara seperti berikut:
  1. Isu dan cabaran perbandaran di Negeri Kedah dan daerah serta potensi sedia ada
  2. Mengenal pasti inisiatif pintar yang telah, sedang dilaksanakan atau dalam perancangan
  3. Melihat dari aspek kesediaan agensi dalam pelaksanaan inisiatif pintar
  4. Mengenal pasti peranan key player dan pihak berkepentingan di dalam pembangunan bandar pintar
  5. Memandu hala tuju penyediaan blueprint melalui pembentukan cadangan dasar, inisiatif dan projek bagi perancangan dan pembangunan bandar pintar yang bersifat "People Centric Smart City".
Kaji Selidik ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu:
  • Bahagian A - Maklumat Am Responden
  • Bahagian B - Soal Selidik Berkaitan Bandar / Daerah
  • Bahagian C - Soal Selidik Berkaitan Agensi
Kerjasama  YM. Dato'/YBhg. Dato' Seri/Tan Sri/Datuk/Dato'/Puan Sri/Datin Seri/Datin/YB/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk melengkapkan semua butiran kaji selidik ini. Semua maklumat adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.


BAHAGIAN A - MAKLUMAT AM RESPONDEN :
Sign in to Google to save your progress. Learn more
1. NAMA *
2. NAMA JABATAN / AGENSI *
3. ALAMAT JABATAN / AGENSI *
4. SEKTOR *
5. JAWATAN & GRED *
6. NO. TELEFON *
7. E - MEL *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy