Soal Selidik Kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Kluang

Majlis Perbandaran Kluang sedang menjalankan kajian bagi menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kluang 2030 yang akan menjadi rujukan dan panduan kepada Majlis Perbandaran Kluang, agensi-agensi Daerah Kluang dan Negeri Johor serta pihak-pihak berkepentingan (Stakeholders) di dalam merancang dan melaksanakan pembangunan Bandar Pintar yang bersistematik dan memfokuskan kepada kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, borang soal selidik ini diedarkan untuk diisi oleh penduduk di Kluang khususnya di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang sebagai usaha untuk mendapatkan input dan pandangan awal penduduk terhadap Agenda Bandar Pintar Majlis Perbandaran Kluang bagi penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kluang 2030. 

Soal selidik ini terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu:

Bahagian A – Maklumat Am Responden

Bahagian B – Ciri-Ciri Bandar / Daerah dan Tahap Kepuasan Perkhidamatan Perbandaran

Bahagian C – Tahap Penggunaan Teknologi & Infrastruktur Komunikasi

Bahagian D – Pandangan Rakyat Terhadap Bandar Pintar (Smart City)

Kerjasama YB. dan YBhg. Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan adalah dipohon untuk melengkapkan SEMUA butiran. Semua maklumat adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. 

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy