Soal Selidik Pencipta Audio Siar Malaysia
Hi rakan "podkaster"! Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengisi soal selidik ini. Pada masa ini, pendengaran dan pengeluaran audio siar (podcast) tempatan masih dalam tahap awal dan segala jenis data yang dikumpulkan akan menolong kami memahami kehendak dan keperluan pencipta audi siar di Malaysia. Dengan pertolongan anda, data yang dikumpulkan di sini akan digunakan untuk kami saling memperkasa dan membantu satu sama lain dalam komuniti.

Soal selidik ini DIBUKA kepada semua orang Malaysia (yang tinggal di dalam atau di luar negara) yang telah menerbitkan sekurang-kurangnya satu episod audio siar. Tidak kira sama ada episod itu hanyalah satu iklan atau anda telah lama tidak mengeluarkan satu episod (kita semua pernah berhenti kejap!).

TUJUAN soal selidik ini adalah untuk menentukan:
1) format rancangan biasa dan proses penerbitan satu episod audio siar;
2) motivasi, tujuan, dan kesukaran penciptaan audio siar; dan
3) tahap minat untuk perkembangan individu lebih lanjut serta minat penglibatan dalam komuniti.

Kami merancang untuk menggunakan data yang diperolehi dari soal selidik ini untuk lebih baik:
1) melibatkan, menolong, dan melayani komuniti pencipta audio siar tempatan;
2) mendapatkan bantuan daripada rakan kongsi yang berpotensi di luar komuniti (agensi kerajaan, syarikat swasta); dan
3) menyesuaikan kandungan, acara, dan perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti pencipta audio siar tempatan.

HASIL KESELURUHAN soal selidik ini akan disiarkan di kumpulan FB, Malaysian Podcasters Community (https://www.facebook.com/groups/malaysiapodcastgroup), untuk dilihat dan dianalisis oleh semua. Walau bagaimanapun, penyata individu dan data peribadi akan dirahsiakan. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada 1 rancangan audio siar, anda boleh menjawab soal selidik ini secara berasingan untuk setiap rancangan ATAU menjawab untuk audio siar anda yang terbaru dan paling popular.

Tarikh akhir penghantaran: 28 Februari 2021

Adakah anda lebih suka menjawab soal selidik ini dalam Bahasa Inggeris? Anda boleh melakukannya di sini: https://forms.gle/zR8KSQsAPgHEccx48
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Nama Audio Siar *
E-mel *
Berapa lama anda menjadi seorang hos sebuah audio siar? *
Berapa episod telah anda terbitkan setakat ini? *
Berapa kerap anda menerbitkan episod? *
Adakah anda menjalankan atau menguruskan lebih daripada satu rancangan audio siar? *
Adakah anda mempunyai satu "RSS feed"? Iaitu, adakah audio siar anda disiarkan dalam laman streaming utama seperti Spotify, Apple Podcast dan Google Podcast? *
Adakah audio siar anda mempunyai elemen video atau saluran YouTube? *
Apakah format rancangan anda? *
Berapakah panjang episode audio siar anda? *
Berapakah purata pendengar anda setiap episod? *
Secara kumulatif, berapa banyak yang telah anda belanjakan untuk penyediaan audio siar anda (iaitu peralatan dan applikasi anda, termasuk mikrofon, mixer, kos langganan, tempahan bilik)? *
Manakah antara yang berikut menggambarkan  kesukaran terbesar yang anda hadapi ketika merancang dan menyiarakan rancangan audio siar anda? (Pilih hingga 3 jawapan) *
Required
Apakah motivasi terbesar anda untuk memulakan satu audio siar? (Pilih hingga 3 jawapan) *
Required
Bagaimana anda mempromosikan rancangan anda? *
Required
Audio siar anda jatuh di bawah jenis kandungan ("genre") apa? *
Apakah bahasa utama rancangan anda? *
Di manakah anda menganjurkan/"host" audio siar anda? *
Antara platform streaming berikut, platform yang mana paling popular untuk pendengar anda? *
Di manakah anda mendengar audio siar kegemaran anda? *
Required
Adakah anda pernah membuat rancangan "LIVE"? (iaitu menyiar episod anda secara langsung di media sosial atau semasa acara fizikall) *
Applikasi atau "digital audio workstation" apa yang anda sedang gunakan untuk mengedit audio siar anda? *
Adakah anda berminat untuk menghadiri bengkel (melalui talian atau disebaliknya) yang dapat membantu proses audio siar anda? *
Adakah anda berminat untuk menghadiri perjumpaan sosial bersama "podcaster" (melalui talian atau disebaliknya) tempatan yang lain? *
Adakah anda sanggup membayar untuk perkhidmatan profesional audio siar? *
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy