BORANG PENYERTAAN PERARAKAN DAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H/ 2019M
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERARAKAN DAN PERTANDINGAN SEPANDUK
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SARAWAK 1441H/ 2019M DI BANDARAYA KUCHING

1. Pertandingan Sepanduk ini terbuka kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1441H/ 2019M mengikut kategori yang telah ditetapkan.

2. Kategori pasukan adalah seperti berikut:

Kategori  A - Jabatan Kerajaan (State/Federal)
Kategori  B - Badan Berkanun
Kategori  C - Firma Swasta/ Syarikat/ Institusi Kewangan
Kategori  D - Masjid/ Surau
Kategori  E - JKKK/ Kampung/ Persatuan/Kelab/ Pertubuhan
Kategori  F - IPTA/IPTS/Pusat Kemahiran/Sekolah Menengah/ Institusi Tahfiz
Kategori  G - Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Rendah Agama/ Sekolah Rendah Tahfiz
Kategori  H - Unit Beruniform
Kategori  I              -       Kumpulan Hadrah
Kategori  J - Kontinjen Khas (Non Muslim)

3. Pertandingan akan diadakan pada Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1441H/ 2019M pada Sabtu, 9 November 2019 di Padang Merdeka, Kuching

4. Saiz Sepanduk hendaklah berukuran 4 kaki lebar dan 8 kaki panjang. Sepanduk hendaklah merupakan terjemahan daripada ayat Al-Quran atau Al-Hadis dalam tulisan Rumi atau Jawi dan DITEGAH SAMA SEKALI MENULIS AYAT AL-QURAN DAN AL-HADIS.

5. Sepanduk yang dipertandingkan hendaklah mengikut tema perayaan iaitu ”UMMAH GEMILANG”

6. Perkara yang dihakimi adalah seperti berikut :-
6.1    Sepanduk – 60 %

a. Kesesuaian ayat dengan tema - 20 markah
b. Tulisan/ Khat                 - 10 markah
c.  Kreativiti                         - 30 markah

6.2    Kontinjen  – 40%
a. Tatatertib                         - 15 markah
b. Bilangan Peserta                 -       15 markah
c. Pakaian/ Kekemasan             - 10 markah
           JUMLAH         - 100 MARKAH

6.3    Markah Istimewa -   5 markah

7. Sepanduk yang dipertandingkan mestilah dibawa pulang sebaik sahaja selesai perarakan.

8. Jumlah peserta dalam setiap pasukan tidak kurang daripada 20 orang.

9. Borang penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia pertandingan pada atau sebelum 1 November 2019 (Jumaat).

10. Perarakan akan bermula dan berakhir di Padang Merdeka. Semua pasukan hendaklah datang selewat-lewatnya jam 6.30 pagi dan dikehendaki melapor diri kepada Urus Setia bertugas di tempat perhimpunan. Penghakiman akan bermula pada jam 7.00 pagi. Penyertaan yang lewat  tidak akan diadili.

11. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

12. Sekiranya ada kemusykilan dan perlukan keterangan lanjut sila hubungi :-

JAWATANKUASA PENGURUSAN PERTANDINGAN SEPANDUK DAN PERARAKAN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SARAWAK 1441H/ 2019M
PEJABAT AGAMA ISLAM BAHAGIAN KUCHING

      Tel  : 082-507190 Faks: 082-507208
Sign in to Google to save your progress. Learn more
Untitled Title
Nama Pasukan/ Kumpulan/ Kontinjen *
Jumlah Ahli Pasukan/ Kumpulan/ Kontinjen *
Alamat *
Kategori Penyertaan *
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy