Kajian Industri untuk program baru Bacelor Sains Kesihatan Haiwan dan Penternakan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan,

KAJIAN INDUSTRI BAGI PROGRAM BARU BACELOR SAINS KESIHATAN HAIWAN DAN PENTERNAKAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak akan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda yang baru iaitu Bacelor Sains Kesihatan Haiwan dan Penternakan. Bagi membolehkan program ini ditawarkan, satu kajian industri hendaklah dilaksanakan bagi memastikan graduan dari program ini menepati kehendak pasaran pekerjaan semasa.

3. Secara ringkasnya program baharu ini dibentuk bagi menyahut cabaran keselamatan makanan yang dihadapi oleh Malaysia khususnya dalam sektor pengeluaran ternakan. Program ini dijangka akan menawarkan bidang kesihatan haiwan dan penternakan yang merangkumi teori, kemahiran, dan amalan dalam pengeluaran ternakan. Graduan juga akan dipersiapkan dengan asas pengendalian hidupan liar dan haiwan kesayangan bagi memenuhi keperluan sektor tersebut khususnya di negeri Sarawak.

4. Justeru, pihak kami menjemput YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan untuk memberi maklum balas soal selidik di google form yang telah disediakan ini.

Maklum balas YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan dalam soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.


“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERILMU BERBAKTI”


Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Putra Malaysia. Report Abuse