BORANG PENGHANTARAN DOKUMEN PERKAHWINAN, PAROKI ST. MICHAEL PENAMPANG
Untuk PROSES PERKAHWINAN di Paroki St. Michael Penampang (SILA BACA DENGAN TELITI);

1. Pasangan terlebih dahulu, mestilah sudah menghadiri  Kursus Pra-Perkahwinan yang dianjurkan oleh Gereja Katolik;  tidak kira di mana paroki anda hadiri yang penting ianya ada disertakan sijil kursus pra-perkahwinan.
2. Selepas menghadiri kursus pra-perkahwinan, pasangan diminta untuk menghantar salinan dokumen-dokumen asas ini ke Pejabat Mission:

a. Salinan surat beranak kedua-dua pasangan
b. Salinan kad pengenalan kedua-dua pasangan
c. Salinan sijil permandian kedua-dua pasangan
d. Salinan sijil penguatan kedua-dua pasangan
e. Salinan sijil Kursus Pra-Perkahwinan
f. Gambar 3 keping setiap seorang
g. Salinan surat pertunangan (jika ada)
h. Salinan Kad Pengenalan Asal Saksi perkahwinan (Lelaki & Perempuan yang sudah berkahwin) dan sijil perkahwinan gereja katolik.
i. Salinan pemeriksaan kesihatan (General Medical Checkup; HIV, Talesamia, Penyakit Keturunan)
 
3. Selepas dokumen ini dihantar, pejabat akan mengisi borang permohonan perkahwinan. Selepas itu, Pejabat akan menghubungi pasangan untuk  interview bersama-sama dengan paderi dan tarikh perkahwinan anda akan ditentukan bersama-sama dengan Paderi paroki.

MAKLUMAN TAMBAHAN:

1. Urusan perkahwinan di gereja perlu dilakukan sekurang-kurangnya 4 BULAN SEBELUM tarikh perkahwinan.

2. Sekiranya, kedua-dua pasangan atau salah seorang pasangan telah dibaptis di Paroki Penampang, yuran pemprosesan perkahwinan/marriage fee adalah sebanyak RM150.00 ringgit sahaja.

3. Sekiranya, kedua-dua pasangan bukan dibaptis di Paroki Penampang, yuran pemprosesan perkahwinan/marriage fee adalah sebanyak RM300.00 ringgit

4. Jurugambar & juruvideo perkahwinan haruslah yang sudah mendaftar di bawah Paroki St. Michael Penampang. Senarai jurugambar/video yang sudah mendaftar boleh dilihat pada website paroki.
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. - Terms of Service - Privacy Policy

Does this form look suspicious? Report