Tawaran Penempatan Pelajar Untuk Menjalani Latihan Industri/Mengajar Di Taska
Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Unit Latihan Mengajar dan Industri (ULMI), Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor dengan ini berbesar hati mempelawa pengusaha-pengusaha Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri Selangor (termasuk Putrajaya) yang berminat untuk mengambil pelajar pelatih menjalani Latihan Industri/Mengajar di institusi masing-masing. Maklumat pelaksanaan Latihan Industri/Mengajar berkenaan adalah seperti butiran di bawah:

Tempoh Pelaksanaan: 4 September 2023 hingga 27 Oktober 2023 (8 minggu)
Waktu Keberadaan: 7.30 pagi hingga 4.30 petang (8 jam tidak termasuk waktu rehat)
Program: Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

Tuan/Puan yang berminat boleh mengisi maklumat di bawah bagi tujuan hebahan kepada pelajar selewat-lewatnya pada 11 Jun 2023. Penempatan pelajar adalah berdasarkan pilihan pelajar sendiri. Justeru, pihak ULMI tiada jaminan tawaran penempatan oleh tuan/puan akan dipenuhi.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Selangor (UNISEL). Report Abuse